PADANG BESAR – Inisiatif YADIM Peduli di Perlis kali ini diadakan di sini pada 18 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis.
Dengan kerjasama Masjid Al Azim,Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM, seramai 30 keluarga dari kalangan ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik di santuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.
YADIM Perlis diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Zuhri Husain.
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Masjid Al Azim, Ustaz Shahrani Ahmad.
Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).
KOMEN