Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Pulau Tongkang dan Pulau Suri

YADIM Peduli di Pulau Tongkang dan Pulau Suri

TUMPAT – Seramai 100 keluarga nelayan di dua pulau di sini menerima barangan keperluan harian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 12 Disember.

Program di Pulau Tongkang dan Pulau Suri di sini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kelaboran serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, Tuan Haji Mohd Adanan Hassan, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang serta wakil wakil agensi negeri dan persekutuan.

Kesemua penerima merupakan mereka yang terkesan dengan Covid-19 di sini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *