BAKAR ARANG – Bertempat di Taman Baiduri di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih pada 5 Disember.
Sebanyak 30 keluarga yang terdiri daripada asnaf dan pesakit kronik di kawasan tersebut menerima sumbangan daripada YADIM Kedah.
Program ini diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Sungai Petani.
Sumbangan disampaikan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti di Bilik Gerakan Sukarelawan YADIM Sungai Petani.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain, Pengerusi Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang Abdul Ghani
KOMEN