ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari.
YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga mualaf di Flat Seri Sena, Kangar.
Program ini juga berjaya mengislamkam seorang pemuda, Tan Soo Lee.
Turut sama dalam program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kubang Lintah dan tiga orang ahli Sahabat YADIM Perlis.
KOMEN