Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Asnaf Bantuan Ramadhan/Aidilfitri Bersama Cimb di Kelantan

YADIM Peduli Asnaf Bantuan Ramadhan/Aidilfitri Bersama Cimb di Kelantan

BACHOK – Selepas Sarawak dan Pulau Pinang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kerjasama dengan CIMB Islamik Bank Berhad bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini pula pada 9 Mei.
Empat orang penduduk dari Kampung Sungai Budor, Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu dan Beris Lalang disantuni dalam program ini.
Asnaf pertama, Che Sepiah Sulaiman berusia 84 tahun, merupakan seorang balu yang tinggal seorang diri akibat kematian suami hampir 20 tahun lalu. Usia tua menyebabkannya tidak mampu bekerja dan meneruskan kehidupan dengan duit bantuan MAIK sebanyak RM400 sebulan.
Asnaf kedua ialah Zainab Sulong, 82 tahun tinggal bersama anak bongsu berusia 41 tahun yang bekerja sendiri di kampung dengan pendapatan tidak tetap dan cucu downsyndrome berusia 26 tahun. Mereka menyewa sebuah rumah sebanyak RM170 sebulan.
Di Kampung Tanjong Chat, asnaf yang dipilih oleh YADIM dan CIMB ialah Raja Mah Raja Sulong berusia 72 tahun yang menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tinggal di rumah sewa dengan kadar bayaran RM150 sebulan bersama anak berusia 41 tahun yang sakit mental.
Asnaf terakhir ialah Mat Yaman bin Ya yang juga mengalami masalah penyakit kencing manis. Menyara keluarga dengan mengutip sampah dan menanam cili. Dia terpaksa menumpang di tanah rizab Jabatan Pengairan dan membina rumah menggunakan kayu yang dikutip di tempat pembuangan sampah.
Setiap mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai yang ditaja oleh CIMB Islamic.
Mewakili YADIM menyantuni mereka dalam program ini ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Muhamed Yusoff.
YADIM dan CIMB Islamic kini dalam program menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menerusi program YADIM Peduli Asnaf Bantuan Ramadhan/Aidilfitri.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *