JELUTONG – Telah berlangsung di sini program YADIM Peduli yang bertujuan menyantuni golongan B40 yang terjejas dengan Covid-19 pada 21 Februari.
Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Sukarelawan YADIM Pulau Pinang ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan.
MAPIM dan YADIM menyumbangkan barangan keperluan harian untuk mereka yang disantuni.
Hadir ke program ini adalah Presiden IPSI merangkap Pengerusi Dakwah MAPIM Malaysia, Dato’ Kamarudin Abdullah, Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan, Koordinator Sukarelawan Yadim Parlimen Jelutong, Saad Ahmad Koordinator Sukarelawan Yadim Parlimen Bagan, Rosli Aras.
YADIM Pulau Pinang sebelum ini, juga pernah menyantuni golongan B40 yang memerlukan di Parlimen ini pada 6 Februari lalu.
KOMEN