KUANTAN – Meskipun beberapa kawasan sudah beralih ke fasa seterusnya dalam usaha negara menangani Covid-19, kesan wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya.
Masih ramai keluarga terjejas, kehilangan punca pendapatan dan tidak dapat keluar bekerja.
Bagi membantu mereka yang terkesan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 17 September telah menyantuni seramai 20 keluarga di Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak di sini bersama Ahli Jawatankuasa Surau RRM Permatang Badak.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok dan warga kerjanya, Ahli Jawatankuasa Surau RRM Permatang Badak serta seorang guru agama dan pendakwah tempatan, Ustaz Yusuf Embong menyantuni dan menyampaikan sumbangan pek makanan dan telur kepada 20 keluarga terjejas.
Selain kotak makanan asas dan telur, para penerima juga di bekalkan juga dengan buku ‘Inilah Doaku’ dan pamplet dakwah YADIM.
Surau RRM Permatang Badak adalah antara surau yang aktif menghidupkan majlis ilmu di Kuantan sebelum wabak Covid-19 melanda. Ustaz Yusuf Embong adalah antara pengkuliah tetap di surau tersebut.
KOMEN