PUTRAJAYA – Capaian dan pengaruh media yang semakin luas hari ini menjadikannya sebuah paltform
terbaik untuk melaksanakan tugas dakwah.
Peluang ini sentiasa cuba digunakan YADIM bagi tujuan melestari gerakan dakwahnya. Justeru menerusi rakan startegiknya seperti Nurflix, badan dakwah ini mempelbagaikan pendekatan dakwah agar ia dapat mencapai sasarannya.
YADIM dan Nurflix juga setuju untuk mengeratkan lagi kerjasama dakwah yang telah terjalin sebelum ini.
Ini merupakan antara yang dibincangkan dalam kunjunan Nurflix ke YADIM pada 9 Jun. Selain itu mereka turut menerangkan cadangan projek yang bakal dilaksanakan mereka seperti dokumentari, drama dan rancangan mewujudkan pusat kandungan bahan media digital.
YADIM juga dijemput untuk menjadi penyumbang bahan dan terlibat dengan pembikinan pusat berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin hadir ke perbincangan ini bersama pengarah pengarah kanannya, manakala mewakili syarikat penstriman dalam talian kandungan Islamik itu ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syah Mohamed dan pengurusan kanannya.
YADIM dan Nurflix sebelum ini pernah menjalin kerjasama dalam penerbitan animasi berjudul Nabi Kita.
KOMEN