Home » Langit Terbuka » YADIM, NGO santuni banduan di penjara

YADIM, NGO santuni banduan di penjara

Melalui program di penjara, YADIM, memberikan sedikit input agama dan motivasi kepada banduan selain untuk mengelakkan mereka berasa terpinggir. - Foto Bernama

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan berperanan sebagai koordinator kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha melaksanakan aktiviti dakwah kepada masyarakat termasuk golongan banduan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata YADIM bersama kesemua NGO yang terlibat akan turun padang dan menyantuni segmen masyarakat di penjara, hospital, tahanan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atau golongan yang terlibat dalam maksiat di lorong-lorong.

“Dengan adanya usaha ini, sekurang-kurangnya kita boleh memberikan sedikit input agama dan motivasi kepada mereka selain untuk mengelakkan mereka berasa terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program YADIM Bersamamu, Masih Ada Yang Sayang di Masjid Penghuni Penjara Pengkalan Chepa di sini pada 6 September.

Pada program anjuran YADIM Kelantan dengan kerjasama Penjara Negeri Kelantan itu, Ahmad Marzuk turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memerdekakan Diri’ yang disertai 100 banduan pelbagai kesalahan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *