KUALA KLAWANG – Sepasang warga emas, Yaakob Mat Akit dan Fatimah Che Ahmed tinggal bersama di sini. Keduanya sudah kurang sihat dan sukar bergerak. Malah Fatimah kini hanya mampu mengesot sahaja.
Dengan keadaan sebegini, keduanya ditimpa musibah apabila kediaman mereka terbakar pula baru baru ini.
Pasangan warga emas ini kini menumpang tinggal di sebuah balairaya di sini.Â
Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 18 Oktober menziarahi pasangan ini dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal haris menyampaikan sumbangan wang tunai dan naskhah Al Quran.Â
Semoga dipermudahkan urusan pasangan ini.
Â
KOMEN