Home » Citra Yadim » YADIM meneruskan tradisi menghargai ulama besar negara

YADIM meneruskan tradisi menghargai ulama besar negara

KUALA TERENGGANU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Ogos 2018 telah mengadakan Program Memperingati Ulama Besar di Masjid Tok Ku Tuan Besar dan Masjid Tok Ku Paloh, Chabang 3, Kuala Terengganu.

Penganjuran majlis ilmu memperingati tokoh ulama besar dalam bidang dakwah di negara ini, adalah satu usaha murni YADIM memartabatkan ulama dan menjadikan mereka lebih dikenali khususnya ulama kelahiran negeri Terengganu.

Yang Berbahagia Dr. Yusri Mohamad, Yang Dipertua YADIM turut hadir ke program ini dan menyampaikan ucaptama.

” Program ini amat penting bagi memperingati jasa dan mengenali sejarah perjuangan tokoh-tokoh ulama besar dalam perkembangan dakwah di negara ini suatu masa dahulu”, ujar beliau.

Lebih istimewa, majlis ini turut dihadiri oleh para Habib dan Baba dari seluruh Malaysia, khususnya kawasan pantai timur semenanjung.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *