Home » Citra Yadim » YADIM manfaat sukarelawan bagi dakwah di Terengganu

YADIM manfaat sukarelawan bagi dakwah di Terengganu

HULU TERENGGANU – Bagi memantapkan agenda dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memanfaatkan sumbangan tenaga sukarelawan yang bergiat aktif di segenap lapangan.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, walaupun dengan bilangan
kakitangan yang sederhana, program-program YADIM di Terengganu ini masih dapat sampai ke semua daerah di negeri ini dengan bantuan dan kesungguhan sukarelawan.

“Sektor sukarelawan bukanlah sektor yang asing dalam Islam.

“Bahkan hadis Nabi menyebut bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.

Inilah antara ejen dakwah yang paling penting bagi YADIM,” katanya dalam lawatan turun padang Menyeru di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad di Madrasah Darul Ansar di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh, ketua ketua agensi agama Islam persekutuan dan negeri serta wakil wakil komuniti.

Dalam pada itu, Ustaz Nasrudin turut berpesan kepada sukarelawan dan pendakwah agar tidak  bersedih dan mengalah sekiranya ada segelintir manusia bangun menentang, menghina, memandang sinis usaha mereka.

Sementara itu menerusi majlis ini, YADIM menyumbang sebanyak 200 set barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu di Kampung Orang Asli Sungai Berua di sini pula, sebanyak 134 set yang sama disampaikan.

Selepas selesai majlis di Madrasah Darul Ansar pula, YADIM menyumbang 174 kit kebersihan dan bahan bacaan untuk pengusaha houseboat.

Program lawatan turun padang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini disertai oleh rakan rakan agensi seperti JAKIM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Yayasan Taqwa.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *