Home » Citra Yadim » Yadim lancar Sahabat Yadim di politeknik

Yadim lancar Sahabat Yadim di politeknik

KOTA BHARU 23 Sept. – Dalam usaha membina kepimpinan muda yang berfikrah Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menubuhkan kelab Sahabat Yadim di lapan buah politeknik di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pengurus Besar Operasi Yadim, Mohd Rizal Rosli berkata, penubuhan kelab-kelab Sahabat Yadim di politeknik-politeknik berkenaan adalah sebahagian usaha Yadim bagi membentuk kepimpinan muda di kalangan penuntut di pusat pengajian berkenaan.

“Penubuhan Sahabat Yadim di politeknik berkenaan adalah kesinambungan daripada penubuhan kelab ini di universiti-universiti awam yang telah ditubuhkan sebelum ini.

Penubuhan kelab Sahabat Yadim itu telah diadakan bersempena program Jelajah Muamalah Ummah 2016 yang telah diadakan pada 23 hingga 27 September lalu melibatkan negeri-negeri pantai timur.

Menurut nya,  Sahabat Yadim adalah satu paltform naungan Yadim bagi mahasiswa Islam membina ilmu dan kemahiran diri bagi menjana kepimpinan masa depan negara yang beridelaisme Islam dan berjiwa dakwah.

“Penubuhan Sahabat Yadim adalah untuk melahirkan kepimpinan pelapis masa depan yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah serta menjadi  paltform kepada mahsiswa bagi meningkatkan kemahiran diri dan menyumbang kepada umat.

Katanya, Sahabat Yadim terbuka kepada warga negara malaysia yang beragama Islam dan berumur di antara 15 dan 25 tahun.

“Idea mencetuskan penubuhan Sahabat Yadim ini adalah untuk  membentuk generasi muda hari ini  berasaskan kepada prinsip asas Islam iaitu berteraskan kepada akidah yang benar iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah dan berasaskan rangka kerja maqasid syariah atau matlamat syarak,’’ katanya.

Sejak tertubuhnya Sahabat YADIM pada 1 November 2013, beliau berkata, Kelab Sahabat YADIM kini sudah ada di 26 IPT seluruh negara.

Beliau berkata, melalui Sahabat YADIM ini, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk Jejak Menara, Nadwah Qiyadi, Bicara Siswa, Kem Daie Muda Matrik, Kem Qiyadi, Liqa’ Ukhuwwah, Mukhayyam, Ikhtikaf Ramadhan Sahabat YADIM dan banyak lagi.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas yang diterima, para pelajar universiti sememangnya berminat dalam kerja-kerja dakwah dan melibatkan dalam aktiviti yang boleh mendedahkan mereka kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *