Home » Citra Yadim » YADIM komited jayakan muamalah Islam

YADIM komited jayakan muamalah Islam

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan apa jua program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap muamalah Islam, kata Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad.

Beliau berkata, sebelum ini YADIM telah menganjurkan program Celik Muamalah yang merangkumi program Simposium Muamalah Islam, Kursus Muamalah Milenia, Kembara Muamalah Masjid dan Jelajah Muamalah Ummah yang sedikit sebanyak telah berjaya menyemarakkan kefahaman mengenai muamalah Islam di dalam masyarakat.

“YADIM komited memberikan kerjasama  200 peratus dalam apa jua bidang yang melibatkan dakwah dan isu semasa yang berkaitan usaha ini (muamalah Islam),’’ katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Celik Muamalah Umbrella Award 2016 bertempat di Dewan Persada Mutiara, Felda Villa, Kuala Lumpur pada 13 Disember.

Program berkenaan adalah anjuran bersama YADIM dan Malaysian Takaful Assosiation (MTA) bertujuan mempromosikan dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai muamalah Islam.

Dr. Yusri berkata, penganjuran program Pertandingan Video Pendek Celik Muamalah Umbrella Award 2016 adalah salah satu usaha yang dilakukan kerana ia secara langsung menggalakkan golongan muda mengkaji apakah konsep muamalah Islam.

Katanya, program berkenaan amat signifikan dengan kehendak generasi muda kerana golongan berkenaan gemar menghasilkan sesuatu yang kreatif dan kritis dalam menyebarkan maklumat yang berbentuk santai dan informatif.

“Golongan muda sememangnya sangat tertarik dengan pendekatan dakwah yang berbeza dan santai dan pertandinga n ini sememangnya diwujudkan untuk mendekati golongan ini agar mereka mudah memahami konsep muamalah Islam,’’ katanya.

Beliau berkata, pertandingan berkenaan adalah satu usaha bagi mendekati golongan muda untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan kewangan Islam seperti takaful, pengurusan hutang, perbankan, zakat, harta pusaka, wasiat dan sebagainya.

Menurutnya, YADIM juga berterima kasih dengan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program muamalah seperti MTA, dan berharap kolaborasi itu terus berlangsung dan berkembang dengan membabitkan lebih banyak pihak.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *