Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian

YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian

KONSISTEN Mendekati para pelajar dan remaja menerusi jalur pendidikan, YADIM Kelantan pada 3 September menganjurkan program YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian Sesi 2024.
Bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut, seramai 142 pemimpin dan exco pelajar menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Mereka mewakili 536 pemimpin pelajar terdiri daripada Pengawas, Penggerak Digital, Majlis Ketua Tingkatan, Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Bridged Masjid, Pembimbing Rakan Sebaya dan Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6.
Pengetua SMK Kubang Kerian, Haji Ismail Deraman telah menyampaikan ucapan aluan dalam majlis ini sebelum Ustaz Haji Mahadi merasmikan majlis dan menyampaikan watikah pelantikan.
Hadir sama ke majlis ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran SMK Haji Sabari Ma Hasan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Haji Hafezie Md Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Rasma Rahim dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *