Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan: Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI MADANI)

YADIM Kelantan: Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI MADANI)

KOTA BHARU. 14 Okt 2023 : YADIM Kelantan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kota Lama serta beberapa agensi telah mendekati komuniti sekitar melalui program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI MADANI).
Program ini merupakan satu program YADIM turun ke komuniti dalam bentuk menyantuni komuniti melalui pelbagai aktiviti bagi menyampaikan mesej Dakwah dan agenda Perpaduan sebagai teras utama bagi membentuk satu masyarakat negara ini melalui pemerkasaan konsep Malaysia Madani.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat bermula dari peringkat pra sekolah iaitu berusia 4 – 6 tahun diadakan pertandingan mewarna dan kemudian menyantuni golongan kaum ibu melalui aktiviti gubahan kain serta kaum dewasa melalui sukan tradisional iaitu pertandingan Dam Aji dan Karom. Pengunjung yang mengunjungi program ini juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh kumpulan klinik Ikram.
Disamping itu, program ini juga mendapat kerjasama yang baik dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang menyediakan Jualan Rahmah yang mengfokuskan kepada jualan barangan keperluan dapur untuk dinikmati oleh orang ramai melalui jualan yang mendapat potongan harga subsidi yang cukup murah berbanding harga pasaran.
Disamping itu, pengisian program ini juga diisi dengan aktiviti ziarah rahmah bagi menyantuni pesakit kronik atau pesakit telantar dirumah. YBhg. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus Yang Dipertua YADIM dan YB Dr Hafidzah Mustaqim ADUN Kota Lama meluangkan masa hampir 3 jam dalam program ini iaitu ziarah pesakit dan beramah mesra bersama komuniti yang hadir ke program ini seawal jam 8.30 pagi lagi.
Dalam program ini juga, YBhg. Datuk Hasanuddin dan YB Dr Hafidzah telah menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada 100 orang asnaf, sumbangan dari YADIM dan YaPEIM.
Diakhir program tadi Datuk Hasanuddin membacakan doa keselamatan dan kesejahteraan untuk rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza sebagai satu tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *