YADIM Kelantan terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan Gagasan Malaysia Madani.
Justeru, Program Bicara Minda Malaysia Madani dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama telah dianjurkan secara bersama oleh YADIM Kelantan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Kota Bharu pada 5 November di Dewan Bakti IPG berkenaan.
Pengisian program adalah ceramah “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kelantan, Tuan Haji Hishamuddin Abd Rashid dan ceramah “Membina Masyarakat Madani” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Mohd Rusli Hussain.
Hadir mewakili YADIM Kelantan adalah Penolong Pegawai Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Kota Bharu, TS Dr Osman Kadir.
Seramai 209 orang peserta terdiri daripada siswa guru IPG Kampus Kota Bharu menghadiri program ini.
KOMEN