KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cawangan Kelantan melancarkan program Transformasi Orang Muda atau TOM sebagai usaha untuk membentuk generasi muda yang berjiwa murni.
Melalui program berkenaan, YADIM telah melaksakanan aktiviti Khidmatakat : Baik Pulih Kediaman Asnaf pada 20 Julai lepas di sebuah rumah asnaf di Kampung Air Tawar, Semerak, Pasir Puteh.
Sebuah keluarga asnaf telah dipilih untuk pelaksanaan TOM ini iaitu pasangan suami isteri, Mohd Aidi Mohamad, 41 dan Nor Afzan Mohd Yusoff, 31 bersama empat anak berumur di antara dua tahun hingga 14 tahun.
Melalui program ini, YADIM membantu keluarga ini untuk menyediakan keperluan utama baik pulih iaitu kayu, zink dan lampu untuk tandas serta simen untuk membina tangga rumah.
Program berkenaan telah dapat mendedahkan golongan remaja dengan aktiviti kemasyarakatan serta menanam rasa prihatin dan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik.
Khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan itu telah memenuhi salah satu tanggungjawab sosial YADIM yang dalam masa yang sama melibatkan orang muda dengan aktiviti gotong royong secara sukarela memasang bumbung dan lampu di tandas serta tangga untuk kemudahan tuan rumah.
KOMEN