GURUN – Dakwah dan gerak kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merentasi agama dan bangsa.
Sesuai dengan itu,atas semangat Keluarga Malaysia, YADIM pada 13 September telah menyantuni seramai 12 keluarga India dan Cina di Kampung Sungai Pintar dan Taman Sri Jerai di sini.
Dalam program yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al Faizin itu, YADIM Kedah telah mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan sumbangan barangan keperluan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Penerima terdiri daripada golongan B40, anak Yatim, warga emas dan individu uzur yang tinggal di kawasan berkenaan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah , Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Majlis Daerah Yan, Ustazah Fadhilah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Puntar, Ummu Shahidah Muhamud, Timbalan Pengerusi Al Faizin Care, Ustazah Haryati Mohd Mokhtar dan wakil komuniti India, Loganathan A/L Muniandy.
KOMEN