BANDAR DARULAMAN – Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk semua.
Sambutan perayaan ialah masa untuk menggembirakan semua.
Sempena Deepavali yang akan menjelang tidak lama lagi, YADIM Kedah pada 1 November menyantuni tiga keluarga India yang memerlukan di sini.
Sumbangan berupa makanan asasi dan pelitup muka disampaikan dalam satu majlis santai di di hadapan kuil Sree Maha Mariammam, di sini.
Turut bersama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Taman Dato’ Osman Aroff, Kalai Selvan a/l Arumugham, , Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Hamid Sulaiman dan Setiausaha Majlis Dakwah Negara Kedah, Haji Ahmad Fuad Ashaari.
Lebih banyak komuniti India akan disantuni YADIM Kedah selepas ini.
Program seterusnya akan diadakan di Sungai Petani dan Sintok.
KOMEN