BUKIT PINANG – Selepas selesai program musa’adah di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kemudianyya bergerak kawsan ini menyantuni mereka yang memerlukan.
Seramai tujuh keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dalam ziarah pada 6 Julai.
Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama ialah Pengerusi badan bukan kerajaan Skuad Prihatin Kedah, Ustaz Maazallah Muhammad, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Mohd Firdaus Salleh serta Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Bukit Pinang, Ustaz Wan Aminuddin Wan Ali.
Pada masa yang sama, seorang pemohon di Jalan Padang Tembak yang menghubungi TeleBantuan YADIM pada 5 Julai juga telah disantuni dalam ziarah ke kawasan ini.
KOMEN