KULIM – Warga institusi pondok sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Prihatin dengan kebajikan mereka, YADIM Kedah bersama rakan strategik, badan bukan kerajaan An Nasr Care, Sahabat Amal Care dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah tampil mengadakan program Musaadah di Pondok Islahiah Sungai Karangan, di sini pada 25 September.
Sebanyak 25 kotak keperluan makanan, barangan basah seperti ayam, ikan dan daging serta bahan bacaan telah disumbangkan kepada warga pondok yang tinggal dalam kawasan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An Nasr, Ustaz Nasrun Othman dan Presiden PERSADA, Adam Malik Abd Malek.
Mewakili Pondok Islamiah ialah Mudir Pondok, Ust Nazri Said.
Selepas Musaadah di pondok, YADIM Kedah turut menyampaikan sumbangan kepada Saudah Nanyan, penduduk kawasan ini yang baru kehilangan suami beberapa bulan yang lalu.
KOMEN