Home » Citra Yadim » YADIM Kedah/Perlis: Program Peduli Remaja

YADIM Kedah/Perlis: Program Peduli Remaja

MOTIVASI Diperlukan sebagai pendorong bagi kita melakukan sesuatu hingga berjaya, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar.
Justeru, bagi memantapkan motivasi di kalangan pelajar, YADIM Kedah/Perlis dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Badong, Merbok telah menganjurkan program Peduli Remaja kepada pelajar sekolah berkenaan pada 14 September.
Bertempat di surau sekolah berkenaan, seramai 350 pelajar terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5 dan waris mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Dazrin W. Din atau lebih dikenali Da’i Wan yang memberi penekanan kepada keinginan pelajar itu sendiri untuk berjaya.
Turut ditekankan ialah matlamat sebagai nadi kejayaan bagi mereka selain komitmen serta sikap baik sebagai asas kecemerlangan seseorang pelajar.
Turut disertakan dalam program ini ialah sesi soal jawab untuk mengekalkan fokus serta memberikan lebih pencerahan.
Mewakili Pengetua SMK Seri Badong ialah Puan Norsiah Harun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Sarah Sudin, kaunselor sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *