SEBERANG JAYA – Bertepatan dengan usaha agar penjelasan mengenai konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin dilaksanakan secara konsisten, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang akan menganjurkan Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Pulau Pinang.
Program itu yang akan diadakan pada 21 September ini bertempat di Safira Resort & Country Club di sini, bakal dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 negeri, Yang Berhormat Dato Ir Zakiuddin Abd Rahman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf pula dijadualkan akan menyampaikan ucaptama bagi program ini.
Dianggarkan kira kira seramai 400 peserta bakal menghadiri majlis ini yang pertama kali diadakan di negeri ini.
Ia merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YADIM dan Pusat Kajian Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV), Universiti Sains Islam Malaysia.
Dalam pada itu, selesai ucaptama, Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Negara Rahmah, Hidup Secara Aman Dalam Konteks Malaysia’.
Ia disusuli dengan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Konsep Rahmah Dalam Bernegara: Ekonomi, Politik dan Sains’ oleh Duta Rahmah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar.
Orang ramai dijemput sama sama hadir ke majlis ini. Sesi perasmian dan ucaptama juga boleh disaksikan menerusi FB Live di facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
KOMEN