SESUAI Dengan hasrat melahirkan pemimpin daripada warga pendidik, YADIM Negeri Pulau Pinang bersama Sekolah Rendah Islam Al Ikram (SRIAI), Tasek Gelugor telah mengadakan program YADIM Interaktif Kenegaraan Madani.
Berlangsung pada 12 Februari, ia diadakan di Bilik Mesyuarat SRIAl.
Program ini memberi penekanan kepada warga pendidik akan Dasar Malaysia Madani serta menerapkan adab-adab dalam berbeza pendapat.
Penceramah pada program ini adalah
Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias dan Pengarah Al Hady Centre, Dr. Joohari Ariffin.
Seramai 60 orang guru SRIAI menyertai program ini. Turut serta ialah Guru Besar SRIAI, Encik Ahmad Hafiz Mohd.
KOMEN