KUALA MUDA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan program lapangan mereka menyantuni segenap lapisan masyarakat.
Terbaharu, seramai 50 Orang Kena Pengawasan mengikuti program YADIM Interaktif anjuran bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda pada 25 Oktober.
Program berkala ini diadakan di Dewan AADK Kuala Muda di sini.
Program selama dua jam bermula jam 9.15 pagi itu mengundang Ustaz Muhammad Hanif Hamid, penceramah bebas dari Pertubuhan Islam Gabungan Amal Malaysia dengan tajuk “Rasulullah Teladan Ummah”.
Hadir sama ialah Ketua Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Kuala Muda, Najihah Shurdin.
KOMEN