TAMPIN – Seramai 54 orang asnaf di sekitar bandar Tampin menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 11 April lalu.
Tujuan pemberian sumbangan kit makanan ini adalah bagi berkongsi rezeki dalam menyambut kedatangan Ramadan.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan Al Baasith dan Jabatan Penerangan Daerah Tampin.
Jabatan Penerangan Daerah Tampin turut mengambil kesempatan mengadakan kempen pendaftaran vaksin untuk memudahkan masyarakat bandar ini mendapatkan kemudahan berkenaan.
Pada hari yang sama, para peserta program turut menyantuni seorang mangsa kebakaran, Zaliah Yahya, 58 tahun di Repah, Tampin. Semoga sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan dapat memberi kelegaan kepada keluarganya.
Turut disantuni pada 11 April ialah dua keluarga di Projek Perumahan Rakyat Paroi. Salah seorang daripadanya baru sahaja kehilangan anaknya. Maklumat berkenaan turut diambil untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan.
KOMEN