Home » Citra Yadim » Yadim dan Pusrawi bantu mangsa banjir

Yadim dan Pusrawi bantu mangsa banjir

JERANTUT, 2 Mac – Misi bantuan pasca banjir diteruskan lagi oleh Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dalam usaha untuk menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan setelah rumah mereka dilanda banjir pada tahun lalu.

Kali ini, program anjuran Doktor Pakar Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dengan kerjasama Sukarelawan Al-Falah ini ke Kg. Merting dan Lubuk Payung, Jerantut, Pahang. Seramai 9 orang telah mengikuti rombongan tersebut termasuklah doktor pelatih Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pegawai Sukarelawan Al-Falah dan Pegawai Hospital Pusrawi.

Antara barangan yang disumbangkan adalah tikar, selimut tebal, ubat-ubatan, makanan dan juga pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 40 buah keluarga.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Dr Azar Azman, Pakar Kardiologi Pusrawi.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *