Home » Citra Yadim » YADIM Bersamamu di PUSPEN Bachok

YADIM Bersamamu di PUSPEN Bachok

BACHOK – Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, tanpa mengira latar belakang mereka.

Terkini sebagai usaha menyantuni golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT), badan dakwah ini mengadakan program YADIM Bersamamu bersama komuniti berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok di sini pada 8 Disember.

Menerusi sesi bersama pelatih, YADIM Kelantan membawakan seorang wanita yang dalam proses penghijrahan, Damian Khairil (bukan nama sebenar) untuk berkongsi pengalamannya dan bagaimana beliau berusaha kembali ke fitrah sebenar.

Ia mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada 120 pelatih yang menghadirinya, malah mereka memberikan respon dan input input berguna ketika sesi perkongsian pengalaman sedang berjalan.

Walaupun dihujani dengan pelbagai bentuk soalan, sesi perkongsian pengalaman berjalan dengan baik dan memberi manfaat untuk semua yang menghadirinya.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Yusnita Mohamed Yusoff.

Timbalan Pengarah Pengurusan PUSPEN Bachok, Puteri Yuhanis Mohd Nor hadir sama ke majlis ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *