Home » Citra Yadim » YADIM bantu persediaan persekolahan golongan miskin

YADIM bantu persediaan persekolahan golongan miskin

SUNGAI PETANI 11 Dis. – Dalam usaha membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah bagi membuat persediaan sesi persekolahan yang bakal dibuka pada Januari depan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama beberapa pihak lain telah berkerjasama menganjurkan program Ziarah Kasih-Free Market `Back To School’.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain, program berkenaan telah diadakan pada 8 Disember lalu di Sungai Lalang, Kedah, bertujuan membolehkan pelbagai pihak menyampaikan sumbangan mereka kepada golongan tidak bernasib baik.

“Sememangnya banyak pihak mahu memberikan sumbangan dan bantuan tetapi adakalanya mereka tidak tahu caranya dan melalui platform yang bagaimana.

“Justeru dengan adanya konsep free market ini, orang ramai boleh membawa barangan yang ingin disumbang dan seterusnya disampaikan kepada golongan sasaran,’’ katanya.

Beliau berkata, selain YADIM Zon Utara, turut terlibat dalam program ini termasuk Pertubuhan Insan Penyayang Malaysia(PKIPM), Klinik Kesihatan Sungai Lalang, pertubuhan Salimah dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Menurutnya, dalam program itu turut diadakan adalah ceramah oleh Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Ustaz Zuhri Husain serta pemeriksaan mata dan kesihatan secara percuma oleh Klinik Kesihatan Sungai Lalang.

“Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan peralatan sekolah seperti alat tulis, pakaian sekolah, beg sekolah, buku dan pinggan mangkuk,’’ katanya.

Menurutnya, pemberian sumbangan itu diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban keluarga berkenaan dalam menyediakan peralatan persekolahan anak-anak mereka terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *