KUALA LUMPUR – Program World #Quran Hour yang memasuki edisi ketiga akan berlangsung sebentar lagi.
Bertempat di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, orang ramai sudah mula hadir bagi memberikan sokongan.
Dijangkakan, tetamu diraja, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan berangkat ke sini pada jam 11.30 pagi.
Program akan bermula pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan bacaan surah Al Fatihah ayat 1-5 dan surah Al Baqarah ayat 1-7.
KOMEN