Home » Ensiklopedia » Wira tidak didendang, ikon perjuangan

Wira tidak didendang, ikon perjuangan

Pada 29 Oktober 2000, seorang wartawan foto Associated Press (AP) yang sedang bertugas merakam gerakan intifada rakyat Palestin di Karni, Genting Gaza. Ia adalah melihat seorang remaja berlari ke hadapan barisan kereta kebal rejim Zionis Israel.

Dalam tangan remaja itu tergenggam seketul batu yang sedia untuk direjam ke arah kereta kebal tersebut. Keberanian remaja itu menghadapi keganasan tentera Zionis secara bersendirian menarik minat wartawan foto berkenaan. Tanpa berlengah, dia memetik butang kameranya.

Sebenarnya, hampir setiap hari remaja itu akan tampil menghadapi kereta kebal tentera Israel dengan batu, bersama rakan-rakannya tanpa rasa takut dan bimbang. Termasuklah pada hari tersebut apabila gambarnya dirakam.

Dia terus mendepani tentera Israel hinggalah pada tarikh bersejarah, 9 November 2000. Pada hari tersebut, iaitu 10 hari selepas gambar itu dirakam, remaja berkenaan sekali lagi meluru. Tetapi sedang dia membaling dan melastik, tanpa disedari seorang tentera Israel menghalakan senjata ke arahnya, dan…! DAMMM!

Sebutir peluru dilepaskan dan mengenai tepat ke lehernya. Remaja itu tumbang ke tanah dengan darah berlumuran dan dunia pun menjadi gelap. Dia terbaring kaku, pergi bersama kalimah Allah yang memang tidak pernah putus daripada hatinya.

Remaja bernama Faris Odeh itu syahid dan bermula hari tersebut gambarnya yang dirakam oleh wartawan foto AP telah menjadi ikon kepada gerakan intifada rakyat Palestin. Pada hari itu juga, Faris Odeh dijulang sebagai contoh pejuang untuk anak-anak muda Palestin lain. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *