Home » Langit Terbuka » Waytha Moorthy akan dipanggil dalam masa terdekat

Waytha Moorthy akan dipanggil dalam masa terdekat

Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas serta pemakaian pangkat pegawai kanan dan penganugerahan Pingat Jasa di Pusat Latihan Polis ( Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Hindraf dijalankan pada November 2007 yang mana beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah Waytha Moorthy sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *