SEORANG wanita di Bihar yang hidup dalam kemiskinan mengemis bagi mengumpul dana untuk membina tandas di rumahnya.
Amina Khatoon, penduduk di kampung Pathra Uttar di wilayah Koshi, India yang sering dilanda banjir telah meminta bantuan jirannya bagi menyumbang untuk pembinaan kemudahan itu.
Tersentuh dengan usaha yang dilakukannya, beberapa buruh yang membina tandas itu rela menjalankan kerja secara percuma.
Malahan, tindakannya itu juga mendapat pujian pihak berkuasa tempatan dan Amina telah diraikan dalam majlis khas di kampungnya kerana usahanya yang dianggap unik itu.
Balu yang berusia lewat 40an dan ibu kepada seorang kanak-kanak itu bekerja sebagai buruh untuk menampung kehidupannya.
Menurut Amina, dia telah menemui beberapa pegawai kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membina tandas tetapi permintaannya tidak dilayan.
Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan jirannya bagi memenuhi hasratnya untuk memiliki tandas di kediamannya.-IndiaToday
KOMEN