Home » Langit Terbuka » Wanita Islam sedia makanan untuk anggota bomba padam kebakaran di Australia

Wanita Islam sedia makanan untuk anggota bomba padam kebakaran di Australia

Kumpulan wanita Islam itu juga mengumpulkan 5 trak barangan yang sangat diperlukan untuk diedarkan di seluruh wilayah yang terjejas dengan kebakaran. - Foto CNN

PETALING JAYA – Sekumpulan penganut Islam mengembara ke sebuah bandar yang mengalami kebakaran di Australia dan menyediakan makanan kepada anggota bomba yang memadamkan kebakaran.

Kumpulan Newport Islamic Society dilaporkan memasak makanan untuk anggota bomba dari Pasukan Bomba Sukarela Johnsonville yang memadamkan kebakaran di Gippsland timur pada hujung minggu lalu.

“Sangat beremosi melihat betapa mereka penat dan kehabisan tenaga. Mereka letih.

“Lega rasanya dapat beri mereka sekurang-kurangnya makanan dan mencari mereka dan menunjukkan kita memikirkan tentang mereka,” kata sukarelawan Lookman El Kurdi memetik laporan Daily Mail Australia.

El Kurdi berkata kumpulan itu terdorong untuk menghulurkan bantuan selepas melihat apa yang berlaku di seluruh negara.

Selain memasak, kumpulan itu juga mengumpulkan 5 trak barangan yang sangat diperlukan untuk diedarkan di seluruh wilayah yang terjejas.

Kebakaran hutan di Australia minggu lalu memusnahkan 3 negeri melibatkan kira-kira 5 juta hektar tanah.

Kebakaran itu merebak secara tidak terkawal di pantai timur Australia ekoran suhu tinggi dan angin kencang sehingga menyebabkan pasukan bomba bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk.

Setakat ini, kebakaran menyebabkan 25 orang terkorban dan sekurang-kurang setengah juta haiwan dilaporkan mati. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *