Home » Langit Terbuka » Wanita Arab Saudi dibenar tak pakai jubah

Wanita Arab Saudi dibenar tak pakai jubah

Arab Saudi selama ini terkenal dengan peraturan yang ketat terhadap wanita.

RIYADH: Wanita di Arab Saudi tidak perlu mengenakan tudung atau jubah berwarna hitam asalkan mereka berpakaian sopan dan menutup aurat.

Dengan peningkatan kuasa Putera Mahkota Mohammad Salman, negara pentadbiran diraja itu menyaksikan peluasan hak asasi wanita termasuk keputusan membenarkan mereka hadir dalam acara sukan serta memandu kereta bermula musim panas ini.

Perubahan itu dianggap langkah progresif baharu ke arah pemodenan di negara pentadbiran diraja Islam konservatif itu.

Arab Saudi selama ini terkenal dengan peraturan yang ketat terhadap wanita hingga sering menerima kecaman di peringkat antarabangsa kerana dianggap mengamalkan diskriminasi ke atas golongan terbabit.

“Undang-undang syariah menetapkan supaya wanita memakai pakaian sopan dan menutup aurat, seperti lelaki.

“Peraturan itu bagaimanapun tidak mengkhususkan pakaian itu hanya jubah hitam atau tudung hitam sahaja. Keputusan dan pemilihan warna terpulang kepada wanita itu sendiri asalkan sopan dan menutup aurat,” kata Putera Mohammed dalam wawancara di rangkaian CBS disiarkan lewat malam semalam.

Seorang ulama kanan berkata bulan lalu, wanita perlu berpakaian sopan dan menutup aurat namun tidak semestinya abaya. -Reuters

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *