Visi, Misi dan Objektif
Visi
Membangun pandangan hidup (world view) masyarakat Islam berlandaskan minda quranik dan menyatukan pemikiran ke arah kemajuan negara.
Misi
- Membina imej Islam sebagai ajaran yang benar dan adil.
- Menarik lebih ramai generasi muda terlibat dalam kegiatan dakwah.
- Melahirkan pendakwah yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta mempunyai kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah.
- Menjadi badan penyelaras kegiatan dakwah Islam di Malaysia.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Seiring dengan misi dan visi yang digariskan, YADIM memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut:
- YADIM berusaha membangun minda umat supaya terbentuk minda quranik yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat; seterusnya berusaha mengembangkan institusi kehidupan berlandaskan minda quranik ini.
- Menggembleng keupayaan umat dan menyatukannya untuk memartabatkan ketinggian Islam dan mempertahankan kesuciannya.
- Menjadi penggerak yang berkesan ke arah memanfaatkan potensi umat untuk melaksanakan kerja-kerja bermanfaat dalam kerangka pembangunan negara mengikut acuan sendiri.
- Berusaha membenteras fahaman-fahaman beku, jumud, hizbiyah (kepartian) taksub dan seumpamanya terutama yang disebarkan atas nama Islam berdasarkan salah tafsiran terhadap ajaran Islam.
- Berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
 Tagline
‘Sampaikan dariku Walaupun Satu Ayat’
KOMEN