Home » Langit Terbuka » Visa umrah akan dilanjut hingga 3 bulan

Visa umrah akan dilanjut hingga 3 bulan

RIYADH – Visa umrah akan dilanjutkan dari satu hingga tiga bulan untuk jemaah umrah dari semua negara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan perkembangan terbaharu itu ketika lawatan rasmi dua harinya ke Tashkent, Uzbekistan dan disambut Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.

Menteri itu menyampaikan salam Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Mohammed Salman kepada Presiden Shavkat dan kerajaan dan rakyat Uzbekistan serta hasrat mereka untuk terus membangunkan Uzbekistan.

Mereka mendoakan kemakmuran kepada Uzbekistan berikutan pembaharuan yang sedang disaksikan republik itu serta menekankan lawatan itu adalah lanjutan daripada hubungan bersejarah yang terbilang antara kedua-dua negara dan menghasilkan beberapa perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perjanjian itu terutama dalam haji dan umrah mencerminkan usaha besar kepimpinan dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam, serta memudahkan prosedur untuk jemaah haji dan umrah.

Dr Tawfiq berkata, musim haji baru-baru ini menyaksikan penyertaan kira-kira 12,000 jemaah Uzbekistan selepas pihak berkuasa meningkatkan jumlah jemaah berikutan penularan Covid-19.

Katanya, lebih 36,000 orang dari Uzbekistan menunaikan umrah dalam tempoh dua bulan lalu.

Lawatan Dr Tawfiq menyaksikan beberapa pertemuan dengan pelbagai pegawai untuk membincangkan cara meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *