Home » Langit Terbuka » Video lelaki berpakaian wanita tidak bermanfaat, rosakkan pemikiran

Video lelaki berpakaian wanita tidak bermanfaat, rosakkan pemikiran

Antara video parodi yang memaparkan lelaki memakai pakaian wanita.

 

KOTA BHARU 20 Jan. – Klip-klip video lelaki-lelaki berpakaian wanita yang sering tular di media sosial ketika ini merupakan antara budaya tidak bermanfaat dan merosakkan pemikiran rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, selain sia-sia, perbuatan itu tidak dapat membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat.

“Ada banyak lagi perkara yang lebih penting dan bagi saya, pihak media juga tidak perlu sensasikan isu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya tidak berhajat mahu komen benda yang tidak mampu membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.

“Jadi saya berharap rakyat juga harus dididik. Video yang tidak memberi makna seperti itu tidak perlu diarus perdana dan dipopularkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan Anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas mengenai budaya individu digelar ‘instafamous’ yang rata-ratanya lelaki namun berpakaian perempuan sambil beraksi lucu bagi mempromosikan produk atau menyentuh isu semasa negara. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *