Home » Langit Terbuka » Ustaz Abdul Somad, Ustaz Don terima tauliah mengajar di Perak

Ustaz Abdul Somad, Ustaz Don terima tauliah mengajar di Perak

Ustaz Abdul Somad, Datuk Hasanuddin dan Ustaz Don antara yang dimaklumkan telah menerima tauliah mengajar bagi negeri Perak. - Foto YADIM

IPOH – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Abdul Somad Batubara atau Ustaz Abdul Somad menjadi antara penceramah luar negara yang menerima tauliah mengajar agama Islam di negeri Perak.

Beliau merupakan sebahagian daripada 14 individu dari luar negara yang diumumkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi surat makluman Senarai Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak dikongsi melalui Facebook Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk pada Khamis.

Selain Abdul Somad, penceramah luar negara yang turut mendapat tauliah sama ialah Kadimagomedov Khabib dari Emiriah Arab Bersatu, Abdul Qodir Ali Al-Fathoni dari Thailand dan H Rohimuddin Nawawi dari Banten, Indonesia.

Bagi pendakwah tempatan pula, antara yang menerima tauliah termasuklah Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don yang merupakan sebahagian daripada 104 penceramah luar Perak yang tertera dalam senarai tersebut.

Selain Ustaz Don, beberapa penceramah terkenal turut menerima tauliah sama termasuklah Ustaz Wadi Annuar, Ustazah Asma’ Harun, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid, Dr Zamihan Mat Zin, Datuk Dr Norhafizah Musa dan Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Turut diberikan tauliah sama ialah Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, Datuk Kamarudin Abdullah dan Pengerusi Pusat Penyelidikan Madani, Dr Madhi Hasan.

Sementara itu, bagi penceramah dalam negeri Perak pula, antara yang tersenarai sebagai pemegang tauliah termasuklah pendakwah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias; penceramah, Syed Mohd Bakri Syed Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Syed; Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim; Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor;

Kesemua mereka diberikan tauliah oleh Jabatan Mufti Negeri Perak untuk mengajar di dalam negeri ini untuk tempoh bermula 2 April 2024 hingga 1 April 2029. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *