Home » Langit Terbuka » Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka

Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka

Imam Besar institusi Universiti Al Azhar berkata, perlakuan pengganas-pengganas dalam seranagn di Sri Lanka bertentangan dengan ajaran semua agama. - Foto FB

KAHERAH – Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini.

Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan.

“Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama.

“Saya berdoa kepada Allah agar memberikan kesabaran kepada keluarga-keluarga mangsa terlibat dan kesembuhan kepada mereka yang cedera,” katanya dalam akaun Twitter institusi itu. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *