Fungsi
- Mengurusetiakan dan menyelaras Badan Khas yang ditubuhkan oleh YADIM iaitu YADIM Research Management Centre (YRMC) dan Kluster-Kluster.
- Mengurusetiakan dan menyelaras Jawatankuasa Sidang Editorial dan Jawatankuasa Bersekutu Penerbitan Jurnal YADIM.
- Menguruskan keanggotaan dan kegiatan Panel Penyelidik YADIM (PPY)
- Menjalankan penyelidikan dan penganjuran program seminar serta program-program berorientasikan penyelidikan dakwah
- Menjalin rangkaian strategik dalam dan luar negara dengan pelbagai institusi Pengajian Tinggi, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan badan-badan lain yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dakwah.
- Mendokumentasi dan menyebarkan hasil kajian melalui e-jurnal, bahan terbitan, fact sheet (lembaran fakta), poster infografik dan lain-lain yang bersesuaian kepada masyarakat umum.
- Menyalurkan maklumat dan data kepada bahagian-bahagian di YADIM dan pihak berkepentingan.