Home » Langit Terbuka » Umat Islam harus cari pendekatan terbaik

Umat Islam harus cari pendekatan terbaik

Pemangku Raja Pahang bertitah, umat Islam di negara ini disaran mencari pendekatan terbaik apabila terdapat segelintir pihak yang mempunyai fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

KUANTAN – Umat Islam di negara ini disaran mencari pendekatan terbaik apabila terdapat segelintir pihak yang mempunyai fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, seharusnya umat Islam tidak bertelagah atau cepat membuat tuduhan kepada mereka yang cuba menyebarkan ajaran Syiah.

“Penyebaran ajaran itu satu kelainan daripada majoriti umat Islam dan sejak ibu bapa kita berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak tetapi kena faham kehendak majoriti. Kita pula jangan mudah melatah atau membuat tuduhan tanpa usul periksa dan seharusnya berhemah menanganinya,” titah baginda.

Baginda berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam peringkat kebangsaan hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kandungan khutbah Jumaat, yang mendedahkan terkini terdapat kira-kira sejuta pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

 

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/syiah-umat-islam-harus-cari-pendekatan-terbaik-1.722551#ixzz5ND7a4b7X

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *