Home » Langit Terbuka » Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin 31 Mac

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin 31 Mac

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan tarikh Aidilfitri 1446H. - Kredit gambar : Awani

KUALA LUMPUR : Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1446H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” kata beliau. – Awani

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *