Home » Langit Terbuka » Umat Islam boleh semak arah kiblat hari ini

Umat Islam boleh semak arah kiblat hari ini

Penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari dan perhatikan bayang objek tegak terhasil pada jam 5.28 petang/. - Foto Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM – Umat Islam di negara ini boleh menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham petang ini.

Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.28 petang waktu Malaysia.

Menurutnya, pada waktu tersebut umat Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan.

“Antara tatacara semakan kiblat termasuk memastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dengan menghubungi talian 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar

“Penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari dan perhatikan bayang objek tegak terhasil pada jam 5.28 petang,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu lagi, unjuran garisan bayang objek tegak tersebut perlu dibuat menghala ke matahari.

“Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *