Home » Citra Yadim » Umat Islam bertanggungjawab pertahan sekolah tahfiz

Umat Islam bertanggungjawab pertahan sekolah tahfiz

PULAU PINANG – Umat islam wajar berganding bahu untuk mempertahankan kewujudan sekolah tahfiz di negara ini kerana ia memberi sumbangan besar dalam melahirkan golongan celik al-Quran dan profesional.

Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara, Mohd Afifi Roslan berkata, pihaknya turut komited mempertahankan kewujudan sekolah berkenaan kerana ia bukan melahirkan golongan taksub agama yang berbahaya kepada keharmonian kaum di negara ini.

Dalam soal ini katanya, alasan pihak yang membuat cadangan sekolah tahfiz ditutup hanya kerana beberapa masalah yang dihadapi tidak dapat diterima di negara ini.

“Oleh itu kami sangat bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik yang mahu sekolah tahfiz dan madrasah diperkasakan agar pelajarnya dibekalkan dengan ilmu agama semata-mata,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ziarah pesakit barah di Hospital Pulau Pinang pada 14 Julai.

Mengulas lanjut, Mohd Afifi berkata, pihak berkenaan perlu bersikap terbuka dalam menilai kewujudan sekolah tahfiz kerana telah terbukti ia melahirkan golongan cintakan al-Quran selain ada pelajarnya menjadi teknokrat dengan menjawat jawatan jurutera dan arkitek.

“Berhubung pendekatan dakwah YADIM, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan dialog antara gama kerana ia sesuai dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“YADIM bukan hanya fokus dakwah islamiah sahaja kerana kita turut dakwah ke arah kebaikan yang mana kami percaya agama lain juga menyuruh penganutnya berbuat yang sama,’’ katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *