KAHERAH 25 Julai – Ulama terkemuka Mesir memberi amaran tentang bahayanya bermain aplikasi permainan popular yang kian menjadi kegilaan ramai ketika ini iaitu Pokemon Go.
Abbas Shumman memberitahu kepada AP, permainan itu akan membuatkan orang terlalu sibuk dengannya dan mengabaikan tanggungjawab utama mereka serta mendedahkan diri kepada bahaya.
Namun katanya, permainan itu tidak akan memudaratkan jika dimainkan dengan kadar sederhana apabila bermain di rumah atau tempat selamat.
“Jika seseorang terlalu sibuk membaca al-Quran sambil berjalan di jalan raya, itu mungkin akan menyebabkan dia mengalami kemalangan, jadi kita perlu memberitahu dia supaya jangan melakukan perkara tersebut,” tambah Abbas. – AP
KOMEN