Home » Langit Terbuka » Ulama dituntut bekerjasama bawa dasar kemakmuran melalui gagasan Rahmatan lil Alamin

Ulama dituntut bekerjasama bawa dasar kemakmuran melalui gagasan Rahmatan lil Alamin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika berucap pada Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019.

SEPANG – Ulama dituntut agar tidak bercanggah dengan konsep maqasid syariah dan bekerjasama dari konteks rantau Asia Tenggara untuk membawa dasar kemakmuran yang dipacu Malaysia melalui gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, ini secara tak langsung dapat membantu Islam menangani Islamophobia yang terheret dengan radikalisma yang membawa kepada sikap keras kepada agama sehingga menimbulkan kebencian antara kaum.

“Ayuh kita jadikan rantau kita ini sebagai model dan contoh bahawa kebobrokan di rantau timur tengah, peperangan di atas nama islam sudah tidak lagi relevan untuk jadi model kepada dunia

“Saya meletakkan harapan kepada ulama, kalau letak harapan pada orang politik macam saya, orang fikir saya cakap kosong untuk kekal (berkuasa). Maka akan ada orang yang mengejek saya sehingga wujud ini rahmatan lil kafirin

“Kalau anda para ulama dengan tegas menyatakan ini (menolak sifat islamophobia), saya rasa manusia mahu mendengarkannya dari anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 “Wawasan Kemakmuran dan Kedamaian Rahmatan lil Alamin” yang bertempat di Dewan Mentari Movenpick Hotel dan Pusat Konvensyen KLIA, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Ismiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Abdul Aziz JJusoh.

Naib Presiden Parti AMANAH itu, turut menegur sikap sesetengah ulama yang didapati menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam.

“Ini berlaku di seluruh dunia termasuk rantau asia. Saya membuat (ucapan) secara umum yang saya maksudkan itu, pemimpin menggunakan kaum dan agama mewajarkan perkara tak baik yang mereka lakukan.

“.. Dan ada pula dikalangan ulama yang bersedia menjadi alat bagi menyokong perbuatan mereka dengan mewajarkan berpandukan ayat dan hadis,” katanya.

Dengan itu, beliau menegaskan agar ulama untuk bersikap jujur dalam menyebarkan Islam selain bersedia untuk mengkritik perkara yang membawa kepada kerosakan dalam agama.

“Sebab itu kita bawa contoh Rahmatan lil Alamin yang terbina atas tiga teras wawasan dan gagasan yang tunjuk kepada kehendak Rahmatan lil Alamin yang menentang sebarang bentuk agama untuk ditunggang dan disalahguna.

“Sebab itu juga saya sering sebut bahawa mimbar khutbah tak boleh dijadikan untuk membawa agenda politik dan juga mengambil nasihat duli tuanku agar masjid itu bebas (dari politik),” ujarnya. – Malaysia Dateline

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *