KUALA LUMPUR: Tokoh ulama besar dunia Islam, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz selamat tiba di Malaysia, pagi tadi.
Habib Umar yang juga Pengasas serta Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7 pagi tadi.
Habib Umar serta Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah al Azhari bakal hadir dalam Majlis Ilmu Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini.
Selain itu Habib Umar dijadual akan mengadakan Rehlah Dakwah di beberapa tempat di Malaysia termasuk di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak.—AlHijrah Online
KOMEN