ACEH BESAR – Pemerintah Kabupaten Aceh Besar merancang untuk mengenakan peraturan daerah (Perda) ujian air kencing ke atas setiap pasangan yang mahu berkahwin untuk memastikan mereka bebas dadah.
“Ia bakal dikenakan sebagai salah satu syarat buat pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Bagi melaksanakan peraturan tersebut setiap pasangan perlu melakukan koordinasi dengan Kementerian Agama. Bagaimana untuk melaksanakannya akan dibincangkan terlebih dahulu,” kata wakil bupati Aceh Besar, Tgk H Husaini A Wahab.
Jelasnya, ibu bapa kepada pasangan terbabit perlu menangguhkan perkahwinan anak mereka jika ujian air kencing itu positif.
“Jika keluarga masih mahu meneruskan pernikahan itu, mereka perlu menunggu sehingga tamat tempoh pemulihan,” ujarnya lagi. – kompas.com
KOMEN